Monday 10 December 2012


2 September 2012, sesi pendaftaran mahasiswa Ibu kandung Suluh Budiman. Kalau ikutkan jadual aku perlu mendaftar jam 2.30 petang, tapi mendaftar lebih awal. ‘Excited’ sangat la kan.  Rasanya macam mimpi pula, mendaftar masuk U ni. Kalau di bangku sekolah dulu, impian nak masuk U hanya sekadar di bibir tanpa perasaan. Sekarang impian itu menjadi kenyataan. Realiti insan katakan.

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi

Mendaftar tanpa ditemani keluarga. Maklumlah duduk di Pulau Borneo, belajar di Tanah Semenanjung. Suasana pada hari pendaftaran sungguh meriah, kelihatan mereka mendaftar ditemani keluarga tidak macam aku. Dihantar sampai bilik lagi tu. Aku ditempatkan di Kolej Za’Ba, hanya memiliki satu blok siswa.

Hari pertama kuliah. Beratur panjang untuk menaiki bus. Nampaknya siswa di lautan siswi. Kuliah pertama pula, agama dan masyarakat. Hari pertama juga, dah dapat ‘Assignment’. Haha.. Dalam kelas hanya ada 9 siswa dan 50++ siswi. Fulamak!!! Nisbah 1:6 la..

Beberapa minggu kemudian, empayar RIAN semakin meluas. Kenalan yang hanya kukenali di laman sosial FB sebelum ni, dah dapat ku temui ‘face to face’ di dalam kampus. Pelbagai ragam manusia ku temui. Dapat aku simpulkan, pertemuan pertama kali bukan mengambarkan diri mereka sebenarnya. Haha.. hanya aku sahaja tahu, bukan nak menilai atau menghakimi tapi itu lah hakikatnya. Seperti Mdm DAMS juga, bab memilih kawan ni amat aku peri pentingkan.

6 rakan seperjuangan STPM SMKK juga ditempakan U yang sama, tapi susah nak bersua muka walaupun satu kampus dan sama kolej. Hihi...

Borneo Outing
Minggu 13.  Peperiksaan akhir bakal tiba, semester 1 pula nak berakhir.. Cepat masa berlalu..

1 comment: