Monday 10 December 2012


2 September 2012, sesi pendaftaran mahasiswa Ibu kandung Suluh Budiman. Kalau ikutkan jadual aku perlu mendaftar jam 2.30 petang, tapi mendaftar lebih awal. ‘Excited’ sangat la kan.  Rasanya macam mimpi pula, mendaftar masuk U ni. Kalau di bangku sekolah dulu, impian nak masuk U hanya sekadar di bibir tanpa perasaan. Sekarang impian itu menjadi kenyataan. Realiti insan katakan.

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi

Mendaftar tanpa ditemani keluarga. Maklumlah duduk di Pulau Borneo, belajar di Tanah Semenanjung. Suasana pada hari pendaftaran sungguh meriah, kelihatan mereka mendaftar ditemani keluarga tidak macam aku. Dihantar sampai bilik lagi tu. Aku ditempatkan di Kolej Za’Ba, hanya memiliki satu blok siswa.

Hari pertama kuliah. Beratur panjang untuk menaiki bus. Nampaknya siswa di lautan siswi. Kuliah pertama pula, agama dan masyarakat. Hari pertama juga, dah dapat ‘Assignment’. Haha.. Dalam kelas hanya ada 9 siswa dan 50++ siswi. Fulamak!!! Nisbah 1:6 la..

Beberapa minggu kemudian, empayar RIAN semakin meluas. Kenalan yang hanya kukenali di laman sosial FB sebelum ni, dah dapat ku temui ‘face to face’ di dalam kampus. Pelbagai ragam manusia ku temui. Dapat aku simpulkan, pertemuan pertama kali bukan mengambarkan diri mereka sebenarnya. Haha.. hanya aku sahaja tahu, bukan nak menilai atau menghakimi tapi itu lah hakikatnya. Seperti Mdm DAMS juga, bab memilih kawan ni amat aku peri pentingkan.

6 rakan seperjuangan STPM SMKK juga ditempakan U yang sama, tapi susah nak bersua muka walaupun satu kampus dan sama kolej. Hihi...

Borneo Outing
Minggu 13.  Peperiksaan akhir bakal tiba, semester 1 pula nak berakhir.. Cepat masa berlalu..

Wednesday 13 June 2012




Hidup ni kan yang penting hujungnya. Tak guna awalnya cantik menawan, hujungnya kerepot. Ala-ala Mak Lampir pula. Haha… Tapi kalau awalnya taklah ensem sangat tapi dah tua orang tengok mengancam pula. Bukan tua-tua keladi yaa..

Kita ni sebenarnya lebih baik belajar dari orang bodoh daripada orang pandai. Kenapa? Lu fikirlah sendiri.. Orang tak berapa pandai ni, ada macam-macam teknik belajar berkesan lebih POWER berbanding orang pandai. Orang pandai selalunya tak berapa tahu nak mengajar. Betul ke?  Tepuk dada Tanya minda. Dah pandai semula jadi, lahir-lahir terus pandai, apa teknik yang ada untuk mengajar kita. Sebab itu ramai orang pandai tak mampu memandaikan orang lain sebaliknya orang  tak berapa pandai mampu atau berkebolehan memandaikan kita yang tak berapa pandai ni.

Ni ada  satu cerita menarik dari Pulau BORNEO, Utara Sarawak. Diapit lagi Negara kaya dengan minyak dan gasnya. Macam ni, pernah bersekolah di sekolah rendah dikenali SKBD (sekarang  menjadi calon Sekolah Harapan Negara), SMKSPL dan SMKK. Cuma status pelajar biasa di bangku sekolah.  UPSR pun kurang dari 3A. Entah-entah PMR dapat 5A gitu. Berlaku nilai tambah disitu yaa. Begitu juga SPM dan STPM. Yang hairannya masa di Pra –Universiti, terjumpa lah rakan yang dapat 5A UPSR dulu. Masuk Pra- Universti pula. Menariknya lagi, bila tanya keputusan SPM, kurang satu A dari saya. Ini lah pelajar biasa  yang berusaha secara luar biasa.

Iklan tadi tu. disebabkan tak berapa pandai dia ada macam-macam teknik untuk memandaikan dirinya. Semua yang dia ajar tu berpaksikan pengalaman yang pernah ditempuhnya. Memang mudah kita belajar dengan dia sebab dia faham kita berapa pandai macam dia juga dulu. Jadi dia ajar ikut batas keupayaan akal kita.


Menjadi terbaik dalam kalangan terbaik.






TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Kenal apa? Cinta siapa? Menjadi persoalan pula yaa. Apabila bercakap tentang cinta, bayangan  utama ialah lelaki dan perempuan duduk berdua-dua di Taman Tasik Bukit Mas. Nak cerita sikit tentang cinta boleh tak? Cinta adalh teras kehidupan manusia. Cuba hidup tanpa cinta. Orang tua di rumah masih menikmati hidup bersama sebab masih ada cinta antara mereka. Betul tak?


Saya ada cerita benar tentang cinta. Jangan kecik hati, jangan terasa yaa. Pelakon utamanya ialah saya sendiri. Si dara ni rupanya sudah lama jatuh cinta pada si teruna (saya la tu). Nak cerita sikit tentang asal usul si dara ni. Teruna  mengenalinya sejak mengikuti satu program kerohanian di Miri pada tahun 2010, satu sekolah malah kelas berjiran jer. Dara pula mengenali teruna apabila mengikuti program Sarawak Merdeka  45 tahun di Stadium Tertutup Limbang (2008). Sekian lama mengenali,  si dara ni jadi bestfriend pula. Tiba-tiba suatu ketika dahulu, seorang kawan nik cakap dengan saya . ‘si dara suka kau bah’, katanya. Kawan ni tadi satu kelas dengan dia. Saya pun balas ‘suka saja tu, bukan cinta pun’. Mulai saat itu, si dara makin berani mendekati si teruna dan hampIr setiap hari dia  akan mengirim satu petikan kata-kata yang di ambil dari BIBLE. Sampai hari BORNDAY saya yang ke 19 tahun pun dia sponsor tau.   Masalahnya, teruna tidak memberi  respon yang positif dan lebih malang lagi tidak menyimpan secubit perasaan pun kat dia. Dasyat tu. Sekadar senyum, bercakap sebagaimana manusia lain. Berakhir dengan begitu sahaja.

Itulah anehnya cinta. Orang boleh jadi setengah gila oleh cinta. Jangan bina istana di awangan sebab pondok buruk itu lebih baik sebab di atas bumi.