Hidup ni kan yang penting hujungnya. Tak guna awalnya cantik menawan, hujungnya kerepot. Ala-ala Mak Lampir pula. Haha… Tapi kalau awalnya taklah ensem sangat tapi dah tua orang tengok mengancam pula. Bukan tua-tua keladi yaa..
Kita ni
sebenarnya lebih baik belajar dari orang bodoh daripada orang pandai. Kenapa?
Lu fikirlah sendiri.. Orang tak berapa pandai ni, ada macam-macam teknik
belajar berkesan lebih POWER berbanding orang pandai. Orang pandai selalunya
tak berapa tahu nak mengajar. Betul ke?
Tepuk dada Tanya minda. Dah pandai semula jadi, lahir-lahir terus pandai,
apa teknik yang ada untuk mengajar kita. Sebab itu ramai orang pandai tak mampu
memandaikan orang lain sebaliknya orang
tak berapa pandai mampu atau berkebolehan memandaikan kita yang tak
berapa pandai ni.
Ni ada satu cerita menarik dari Pulau BORNEO, Utara
Sarawak. Diapit lagi Negara kaya dengan minyak dan gasnya. Macam ni, pernah
bersekolah di sekolah rendah dikenali SKBD (sekarang menjadi calon Sekolah Harapan Negara), SMKSPL
dan SMKK. Cuma status pelajar biasa di bangku sekolah. UPSR pun kurang dari 3A. Entah-entah PMR
dapat 5A gitu. Berlaku nilai tambah disitu yaa. Begitu juga SPM dan STPM. Yang
hairannya masa di Pra –Universiti, terjumpa lah rakan yang dapat 5A UPSR dulu.
Masuk Pra- Universti pula. Menariknya lagi, bila tanya keputusan SPM, kurang
satu A dari saya. Ini lah pelajar biasa
yang berusaha secara luar biasa.
Iklan tadi tu. disebabkan tak berapa pandai dia ada macam-macam teknik untuk memandaikan dirinya.
Semua yang dia ajar tu berpaksikan pengalaman yang pernah ditempuhnya. Memang
mudah kita belajar dengan dia sebab dia faham kita berapa pandai macam dia juga
dulu. Jadi dia ajar ikut batas keupayaan akal kita.
Menjadi terbaik dalam kalangan terbaik.
Menjadi terbaik dalam kalangan terbaik.
TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Kenal apa? Cinta siapa? Menjadi persoalan pula yaa. Apabila bercakap tentang cinta, bayangan utama ialah lelaki dan perempuan duduk berdua-dua di Taman Tasik Bukit Mas. Nak cerita sikit tentang cinta boleh tak? Cinta adalh teras kehidupan manusia. Cuba hidup tanpa cinta. Orang tua di rumah masih menikmati hidup bersama sebab masih ada cinta antara mereka. Betul tak?
Saya ada
cerita benar tentang cinta. Jangan kecik hati, jangan terasa yaa. Pelakon utamanya ialah saya sendiri. Si dara ni
rupanya sudah lama jatuh cinta pada si teruna (saya la tu). Nak cerita sikit
tentang asal usul si dara ni. Teruna mengenalinya sejak mengikuti satu program
kerohanian di Miri pada tahun 2010, satu sekolah malah kelas berjiran jer. Dara pula mengenali teruna apabila mengikuti
program Sarawak Merdeka 45 tahun di Stadium
Tertutup Limbang (2008). Sekian lama mengenali, si dara ni jadi bestfriend pula. Tiba-tiba
suatu ketika dahulu, seorang kawan nik cakap dengan saya . ‘si dara suka kau
bah’, katanya. Kawan ni tadi satu kelas dengan dia. Saya pun balas ‘suka saja
tu, bukan cinta pun’. Mulai saat itu, si dara makin berani mendekati si teruna
dan hampIr setiap hari dia akan mengirim
satu petikan kata-kata yang di ambil dari BIBLE. Sampai hari BORNDAY saya yang
ke 19 tahun pun dia sponsor tau. Masalahnya, teruna tidak memberi respon yang positif dan lebih malang lagi
tidak menyimpan secubit perasaan pun kat dia. Dasyat tu. Sekadar senyum,
bercakap sebagaimana manusia lain. Berakhir dengan begitu sahaja.
Itulah anehnya
cinta. Orang boleh jadi setengah gila oleh cinta. Jangan bina istana di awangan
sebab pondok buruk itu lebih baik sebab di atas bumi.